Sunday, November 15, 2009

GERAK Nafi PAS Terlibat Dalam Laporan Dakwaan Rasuah Tan Sri Khalid Ibrahim

KENYATAAN MEDIA
16 NOVEMBER 2009
Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (Gerak Malaysia) menafikan penglibatan PAS dalam isu pendedahan laporan dakwaan rasuah MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Beberapa dakwaan laman web http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=514&Itemid=58#JOSC_TOP dan blog http://airmataselangor.blogspot.com/2009/11/kerana-kelemahan-khalid-hassan-ali-naik.html yang menuduh Gerak Malaysia telah diberikan dokumen berkenaan oleh PAS Selangor adalah suatu bentuk tuduhan berat kepada Gerak Malaysia. Tuduhan-tuduhan ini sengaja digembar-gemburkan bagi merosakkan reputasi Gerak Malaysia selaku badan bebas yang bertindak secara neutral dan adil dalam melaporkan apa-apa juga isu dakwaan salahgunakuasa dan rasuah.
Gerak menggesa agar pihak yang bertanggungjawab ini untuk mengemukakan bukti-bukti kukuh terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan. Kita bimbang tuduhan ini adalah bentuk-bentuk cabaran kosong tanpa bukti untuk dikemukakan bagi dijawab oleh pihak Gerak.
Gerak tetap berpegang pada prinsip integriti dan bergerak bebas tanpa ada kecenderungan untuk berpartisan dalam mana-mana juga isu yang melibatkan integriti dan anti korupsi. Gerak menyeru agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan tuduhan rambang dan tidak berasas seumpama ini.
MOHD NAZREE MOHD YUNUS
Pengerusi Gerak Malaysia

LAPOR SEGERA SPRM DAKWAAN RASUAH S/U POLITIK PM: GERAK


KENYATAAN MEDIA GERAK MALAYSIA
13 NOVEMBER 2009
Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (GERAK Malaysia) menggesa agar YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang dakwaan rasuah yang melibatkan Setiausaha Politik Perdana Menteri sepertimana yang dinyatakan oleh beliau di dalam Parlimen dan disebarkan melalui blog peribadi beliau. Gerak Malaysia melihat dakwaan ini suatu bentuk dakwaan yang serius yang perlu diambil perhatian oleh SPRM apatah lagi melibatkan kedudukan Dato’ Shafie Abdullah sebagai setiausaha Politik Perdana Menteri.

Dakwaan-dakwaan seumpama ini boleh merosakkan imej Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri yang sering kali menguar-uarkan tentang persoalan integriti. Dalam masa yang sama juga Gerak berpandangan dakwaan oleh YB Wee Choo Keong juga perlu dibuktikan bagi mengelakkan tuduhan tidak berasaskan dilakukan oleh mana-mana pihak.

Gerak berharap agar pihak SPRM dapat mengambil tindakan segera untuk menyiasat dakwaan yang melibatkan salah guna kuasa oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri ini. Kita tidak mahu imej kepimpinan negara tercemar akibat sikap beberapa pimpinan yang mungkin telah memanipulasikan jawatan, kedudukan dan kuasa untuk kepentingan peribadi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu melakukan siasatan dengan adil dan saksama. Isu penderaan saksi dan teknik siasatan ganas SPRM yang telah pun didedahkan oleh saksi-saksi kes rasuah baik daripada parti politik Pakatan Rakyat mahupun UMNO-Barisan Nasional telah menunjukkan bahawa sudah tiba masanya Jawatankuasa Penilai Operasi SPRM menilai dan memberikan garis panduan yang lebih profesional dalam kod etika penyiasatan SPRM.

Sekali Gerak menegaskan agar Ahli Parlimen Wangsa Maju tampil dengan segera untuk melaporkan kepada SPRM untuk membuktikan kebenaran dakwaan beliau dan Gerak Malaysia menyokong penuh usaha tersebut jika dilakukan dengan fakta-fakta dan bahan bukti yang kukuh. Kita tidak mahu isu ini hanya dibangkitkan di Parlimen tetapi tidak ada tindakan susulan yang konkrit. Kita sama sekali tidak akan berkompromi dengan jenayah rasuah. Agenda Gerak Malaysia adalah untuk membudayakan integriti bagi membentuk Malaysia ke arah pentadbiran ‘Good Governance’ dan bebas rasuah.

MOHD NAZREE MOHD YUNUS
Pengerusi Gerak Malaysia

GERAK saran Ketua Audit lapor SPRM

KENYATAAN MEDIA GERAK MALAYSIA


21 OKT 2009

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK) menyarankan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salahguna peruntukan kerajaan, dana awam dan salah gunakuasa seperti Laporan Audit Negara 2008.

Pengerusinya, Mohd Nazree Yunus berkata, terdapat pelbagai contoh meragukan berkaitan penggunaan peruntukan wang kerajaan antaranya Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang-Ipoh.

Semakan Audit juga mendapati, perolehan peralatan melebihi keperluan dan perolehan tren tidak diselaraskan dengan pembangunan infrastruktur hingga menyebabkan objektif pelaksanaan projek tidak dapat dicapai seperti ditetapkan.

Keadaan ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung sebahagian kos kerugian dianggarkan berjumlah RM1.14 bilion kerana syarat antara kontraktor bagi Pakej Infrastruktur dikendalikan DRB-Hicom dengan kerajaan menetapkan liabiliti maksimum yang boleh dituntut hanya RM257.99 juta.

Menurut Mohd Nazree, GERAK melihat isu ini jelas sebagai bentuk-bentuk penidakan terhadap nilai-nilai integriti dalam pentadbiran dan pengurusan dana awam.

“Sewajarnya wang dana kerajaan digunakan sebaiknya oleh pihak dipertanggungjawabkan. Namun ada sesetengah pihak mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada dana-dana kerajaan yang diperuntukan,” katanya dalam kenyataan, Rabu.

GERAK juga menyarankan SPRM tegas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak mengambil tindakan terhadap pesalah rasuah kerana laporan Audit Negara boleh dijadikan sumber rujukan terpenting bagi membersihkan sektor kerajaan dan swasta daripada penyakit rasuah.

Mohd Nazree, pihaknya juga mencadangkan kerajaan mempertimbangkan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat salah gunakuasa dan peruntukan kerajaan secara keseluruhan.

“Adalah tidak munasabah untuk kita terus membiarkan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab secara berterusan menyalahgunakan wang rakyat dan dana awam.”

“Tambahan pula setiap tahun kita mendapat maklumat daripada Laporan Audit Negara menyatakan bahawa terdapat atau wujudnya penyelewengan, rasuah dan pembaziran pada skala yang besar,” katanya.-23/10/2009

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_841a40b8-7f000010-6cf97c00-c336746d

GERAK NAFI JADI AGEN UMNO

KENYATAAN MEDIA GERAK MALAYSIA

5 OGOS 2009
Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi, GERAK Malaysia hari ini kesal dengan kenyataan Setiausaha Poliik Meneri Besar Selangor yang menuduh Gerak sebagai alat Barisan Nasional untuk menyerang Pakatan Rakyat. Sewajarnya tuduhan beliau itu dibuktikan terlebih dahulu. Apakah dengan mendedahkan dakwaan kes-kes rasuah beserta dokumen dan bukti-bukti terbabit, maka Gerak terus dituduh secara melulu sebagai alat Barisan Nasional? Tuduhan wajar dibuktikan.
Sewajarnya kerajaan yang mendokong integriti dan anti rasuah wajib bersama-sama dengan GERAK Malaysia untuk membanteras rasuah dan menolak pemimpin yang korup. Gerak bersedia bekerjasama dengan mana-mana pemimpin politik bagi agenda integriti & anti korupsi.
Jika saranan beliau supaya Gerak Malaysia tidak melaporkan dakwaan rasuah secara melulu kerana MB Selangor telah pun mengarahkan supaya audit dalaman dilakukan terhadap peruntukan semua ADUN, maka apakah pula pandangan Nik Nazmi berkaitan berkaitan demonstrasi ISA jika Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak juga telah menyatakan akan dilakukan kajian terhadap ISA?Pandangan beliau wajar berimbang dan jangan hanya dikeluarkan untuk kepentingan politik.
Justeru, GERAK menyarankan untuk diadakan Debat Integriti Terbuka antara MB Selangor dan Pengerusi GERAK Malaysia dan Nik Nazmi selaku Setiausaha Politik MB boleh mengaturkan masa & tempat Debat Integriti tersebut.

GERAK - SPRM diminta siasat Khir Toyo

Wednesday, July 15, 2009



Written by Anuar Mohd NorWednesday, 08 July 2009

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berhubung isu banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunos berkata GERAK membuat laporan berhubung isu pembelian dua lot tanah serta sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam oleh Dr Mohd Khir Toyo yang didakwa berharga RM24 juta oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

"Laporan dibuat setelah kita rujuk sebuah laman web yang menyiarkan mengenai kontroversi banglo Dr Mohamad Khir serta akhbar hari ini yang melaporkan dakwaan ADUN Sekinchan mengenai isu yang sama. "Kita minta pemerhatian dari SPRM untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya dakwaan itu terbukti benar atau sebaliknya," katanya, lapor Bernama.

Media hari ini melaporkan dakwaan Ng bahawa kos pembinaan banglo termasuk pengambilan dua bidang tanah masing-masing berkeluasan 0.2 hektar dan 0.1 hektar itu, mencecah RM24 juta dan jumlah itu tidak mungkin mampu dibiayai Dr Mohd Khir melalui pendapatannya selama lapan tahun menjadi menteri besar.

Bekas menteri besar Selangor itu ketika diminta mengulas mengenainya, mengakui membeli dua lot tanah berserta sebuah banglo terbabit tetapi dengan harga RM3.5 juta dan bukan RM24 juta seperti yang didakwa oleh Ng.

Laporan SPRM berhubung banglo Khir Toyo


Jul 7, 09 3:08pm
Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangorberhubung isu banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunos berkata GERAK membuat laporan berhubung isu pembelian dua lot tanah serta sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam oleh Dr Mohd Khir Toyo yang didakwa berharga RM24 juta oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim."Laporan dibuat setelah kita rujuk sebuah lamanweb yang menyiarkan mengenai kontroversi banglo Dr Mohamad Khir serta akhbar hari ini yang melaporkan dakwaan ADUN Sekinchan mengenai isu yang sama.

"Kita minta pemerhatian dari SPRM untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya dakwaan itu terbukti benar atau sebaliknya," katanya, lapor Bernama.Media hari ini melaporkan dakwaan Ng bahawa kos pembinaan banglo termasuk pengambilan dua bidang tanah masing-masing berkeluasan 0.2 hektar dan 0.1 hektar itu, mencecah RM24 juta dan jumlah itu tidak mungkin mampu dibiayai Dr Mohd Khir melalui pendapatannya selama lapan tahun menjadi menteri besar.

Bekas menteri besar Selangor itu ketika diminta mengulas mengenainya, mengakui membeli dua lot tanah berserta sebuah banglo terbabit tetapi dengan harga RM3.5 juta dan bukan RM24 juta seperti yang didakwa oleh Ng.

Sementara itu, kata Mohd Nazree, GERAK turut membuat laporan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam pelantikan pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).Katanya, beliau mengemukakan laporan dan dokumen berkaitan kepada pegawai SPRM Selangor di pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam pada jam 10.40 pagi.Mohd Nazree berkata, GERAK mengemukakan laporan kepada SPRM berhubung dakwaan kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dalam proses pelantikan pengerusi LPK, Datuk Lee Hwa Beng.

"Laporan ini adalah inisiatif GERAK sendiri berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan kita terhadap isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Kita lihat ada keanehan dalam hal ini (pelantikan pengerusi LPK) dari sudut beberapa prosedur," katanya.Ditanya sama ada laporan itu dibuat terhadap Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, Mohd Nazree berkata: "Itu kena tanya menteri yang bertanggungjawab. Saya tidak boleh sebutkan siapa yang terlibat kerana SPRM telah nasihatkan kita supaya tidak dedahkan bagi memudahkan siasatan."

PKFZ, sebuah hab pindah muatan kapal seluas 405 hektar yang menempatkan gudang, blok pejabat dan hotel bertaraf empat bintang, diselubungi kontroversi selepas didedahkan bahawa kos pembangunannya melambung dari RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

MAKLUMAN PENUBUHAN MAJLIS INTEGRITI ANGKATAN MUDA MALAYSIA (INTEGRITI)


SEBARAN UMUM DAN MEDIA

Dimaklumkan bahawa pada 26 MEI 2009 (Selasa). Bertempat di Pejabat GERAK, Kelana Jaya, telah ditubuhkan Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia (INTEGRITI).

Mesyuarat asas penubuhan telah di pengerusikan sendiri oleh Pengerusi GERAK Malaysia dengan dihadiri oleh beberapa pimpinan utama mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), GERAK Mahasiswa Pusat, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Usrah Kebajikan Profesional (UKP), Maaruf Club UIA. Awalnya antara intipati mesyuarat adalah untuk membincangkan pandangan dan tindakan anak muda terhadap isu PPSMI. Lantas keputusan telah diambil untuk menubuhkan Majlis Integriti bagi memperluaskan lagi peranan entiti Generasi Baru Malaysia untuk membincangkan isu-isu semasa yang lain dan berfungsi sebagai agen gagasan pemikiran dan tindakan yang berkesan.

Nyatanya, Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia mengambil ketetapan bahawa kami menyokong penuh usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI. Matematik dan Sains wajib diajar kembali kedalam Bahasa Kebangsaan dan dalam masa yang sama Bahasa Inggeris itu diperkukuhkan dengan kaedah-kaedah yang wajar. Majlis Integriti menggesa agar pengumuman awal Julai 2009 ini yang bakal dibuat oleh Tan Sri Muhyidin Yassin selaku Menteri Pelajaran akan memastikan Matematik dan Sains dikembalikan pengajarannya dalam Bahasa Melayu.

Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia ini dibuka keanggotaannya kepada seluruh entiti anak muda seluruh Malaysia termasuk daripada NGO-NGO, parti-parti politik dan mahasiswa. Majlis ini berbentuk koliasi untuk membincangkan idealisme dan tindakan wajar anak muda dan Generasi Baru Malaysia ke arah membentuk Good Governance dan Harapan Membina Malaysia yang lebih cemerlang, adil dan berkebajikan berasaskan isu-isu berkepentingan rakyat.
MAJLIS INTEGRITI ANGKATAN MUDA MALAYSIA

Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia (INTEGRITI) boleh dihubungi melalui :03-78044962