Sunday, November 15, 2009

MAKLUMAN PENUBUHAN MAJLIS INTEGRITI ANGKATAN MUDA MALAYSIA (INTEGRITI)


SEBARAN UMUM DAN MEDIA

Dimaklumkan bahawa pada 26 MEI 2009 (Selasa). Bertempat di Pejabat GERAK, Kelana Jaya, telah ditubuhkan Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia (INTEGRITI).

Mesyuarat asas penubuhan telah di pengerusikan sendiri oleh Pengerusi GERAK Malaysia dengan dihadiri oleh beberapa pimpinan utama mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), GERAK Mahasiswa Pusat, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Usrah Kebajikan Profesional (UKP), Maaruf Club UIA. Awalnya antara intipati mesyuarat adalah untuk membincangkan pandangan dan tindakan anak muda terhadap isu PPSMI. Lantas keputusan telah diambil untuk menubuhkan Majlis Integriti bagi memperluaskan lagi peranan entiti Generasi Baru Malaysia untuk membincangkan isu-isu semasa yang lain dan berfungsi sebagai agen gagasan pemikiran dan tindakan yang berkesan.

Nyatanya, Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia mengambil ketetapan bahawa kami menyokong penuh usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI. Matematik dan Sains wajib diajar kembali kedalam Bahasa Kebangsaan dan dalam masa yang sama Bahasa Inggeris itu diperkukuhkan dengan kaedah-kaedah yang wajar. Majlis Integriti menggesa agar pengumuman awal Julai 2009 ini yang bakal dibuat oleh Tan Sri Muhyidin Yassin selaku Menteri Pelajaran akan memastikan Matematik dan Sains dikembalikan pengajarannya dalam Bahasa Melayu.

Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia ini dibuka keanggotaannya kepada seluruh entiti anak muda seluruh Malaysia termasuk daripada NGO-NGO, parti-parti politik dan mahasiswa. Majlis ini berbentuk koliasi untuk membincangkan idealisme dan tindakan wajar anak muda dan Generasi Baru Malaysia ke arah membentuk Good Governance dan Harapan Membina Malaysia yang lebih cemerlang, adil dan berkebajikan berasaskan isu-isu berkepentingan rakyat.
MAJLIS INTEGRITI ANGKATAN MUDA MALAYSIA

Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia (INTEGRITI) boleh dihubungi melalui :03-78044962

No comments:

Post a Comment